Pages

Subscribe:

Monday, February 5, 2018

Scandinavian Dekorasi Trendy

Salah satu deco rumah yang sedang trend dan menjadi fenomena sekarang ialah gaya dekorasi scandinavian. Scandinavia bermaksud negara-negara dari sekitar Eropah Utara iaitu Denmark, Sweden, dan Norwegia.

Istilah design Scandinavian bermula dari pameran design di Amerika dan Kanada sekitar tahun 1950an ia memperkenalkan gaya orang-orang Scandinavia hidup dalam suasana indah, cozy, simple and clean berinspirasikan dari alam semulajadi dan iklim utara.

Pereka scandinavian lebih tertarik untuk menghasilkan produk yang lebih tahan lama dengan harga yang berpatutan. Rekabentuknya mengekalkan gaya keindahan dan lebih fascinated. Gaya Scandinavian tampil dengan karektor yang simple, lebih minimal dan bersih ianya cetusan idea dari warna putih dan unsur-unsur kayu.

Suasana outdoor lebih kepada pemasangan kayu dengan warna-warna natural. Terciptanya suasana yang tenang, nyaman, sejuk dengan rekabentuk yang jelas dan terang. Rekabentuk scandinavian memberi impak yang elegan dan esklusif. 

Untuk idea suasana cozy seperti ini hanya perlu menggunakan cat putih and dan perabut dari woods. Dinding and Lantai pallet kayu telah menjadi trademark dari rumah Scandinavian. Pilihan palet rumah Scandinavia adalah warna kelabu muda, putih, biru cair dan kelabu gelap pada fabrik untuk gaya Scandinavia yang tepat

Kemudian serapkan  unsur alam dari luar ke ruang dalam rumah kerana ia memberi suasana dekorasi nyaman dan indah dengan tanaman hijau memang sangat cool. Para pereka Scandinavia sangat menyukai alam kerana ianya sangat natural dan fresh.